Mengenai Kami

Anti Pengubahan Wang Haram

Anti Pengubahan Wang Haram

Polisi Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Pengubahan wang haram adalah transaksi yang melibatkan dana kewangan yang di perolehi daripada penglibatan dalam aktiviti haram dan kemudiannya di ubah sebagai satu dana kewangan yang kemudiannya diperolehi dari sumber yang sah. Motif aktiviti pengubahan wang haram adalah bertujuan bagi menyembunyikan identiti dana kewangan haram tersebut yang sebenarnya di perolehi melalui aktiviti haram yang menyalahi undang-undang. Oleh sebab itu negara melalui undang-undang antarabangsa telah menetapkan adalah menjadi satu kesalahan ke atas Land-FX termasuk kakitangan syarikat sekiranya terbabit dalam sebarang transaksi penerimaan modal haram yang berkaitan.

Perlaksanaan Prosedur

Land-FX melaksanakan dasar anti-pengubahan wang yang ketat. Polisi tersebut membantu dalam memastikan pelanggan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan tersebut akan di identifikasikan mengikut standard yang telah ditetapkan dalam mengenal pasti bagi mengurangkan komplikasi prosedur supaya langkah tersebut tidak menyusahkan para pelanggan kami yang tulen dan sah. Sebagai memenuhi komitmen penglibatan penuh kami dalam membanteras aktiviti pengubahan wang haram dan segala transaksi yang membabitkan dana kewangan yang diragui, Land-FX telah membangunkan teknologi terbaru yang kesahihan teknologi tersebut telah pun terbukti berkesan dalam aktiviti pengesahan pelanggan kami kerana teknologi tersebut mampu merekod juga mengekalkan segala transaksi kewangan secara terperinci. Segala aktivi yang berjaya di kesan oleh pihak Land-FX yang mempunyai ciri-ciri yang meragui akan dilaporkan terus kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Oleh kerana itu, perlindungan undang-undang yang penuh disediakan kepada para pelanggan kami yang berkongsi maklumat sulit kewangan kepada syarikat.Untuk tidak menggalakkan pengubahan wang haram atau mana-mana yang berkaitan berlaku, Land-FX tidak berurusan dalam transaksi secara tunai samada bagi tujuan deposit atau pengeluaran. Syarikat kami berhak untuk menggantung mana-mana transaksi sekiranya terkesan mempunyai ciri pembabitan dalam aktiviti pengubahan wang.

Pematuhan Rejim

Seperti institusi kewangan lain Land-FX juga telah menubuhkan sebuah rejim pematuhan bagi memenuhi keperluan formal undang-undang. Ini termasuk pelantikan seorang Pegawai Pematuhan, dasar, kajian semula pelaksanaan dan kesan dan latihan pematuhan profesional kepada kakitangan rejim mereka. Land-FX juga memastikan pengemaskinian tetap sistem elektronik untuk kaedah-kaedah moden dan peraturan-peraturan yang dibangunkan untuk pemeriksaan yang lebih canggih untuk mengesan pengubahan wang haram dan amalan kewangan jenayah lain. latihan profesional disediakan untuk pekerja Land-FX untuk mengesan kegiatan haram itu dan untuk menggunakan sistem teknologi moden, yang merupakan sebahagian daripada dasar penting Land-FX.

Pendedahan Tambahan

Pengenalan
Sebagai mematuhi akta anti pengubahan wang haram, Land-FX memerlukan dua jenis dokumen bagi tujuan pengesahan. Dokumen pertama adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan di mana terdapat foto pemegang dokumen. Contoh dokumen tersebut adalah paspot antarabangsa yang masih sah, lesen memandu ataupun MyKad. Dokumen yang kedua pula adalah bil atau dokumen yang terdapat nama penuh pemilik (nama yang tertera haruslah sama dengan nama yang terdapat di dokumen pertama) dengan alamat lengkap tercatit di bil atau dokumen tersebut. Contoh dokumen tersebut adalah bil utiliti terkini (air/elektrik/telefon/internet), penyata bank yang terkini, afidavit atau segala jenis dokumen perundangan terbaru yang mengandungi maklumat peribadi yang lengkap (nama penuh dan alamat pemilik). Tarikh dokumen tersebut haruslah tidak lebih 3 bulan dari tarikh permohonan di buat. Selain daripada itu, Land-FX memerlukan pelanggan untuk menandatangani secara elektronik sewaktu penyerahan borang permohonan elektronik. Pelanggan juga dikehendaki memaklumkan kepada Land-FX sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada maklumat peribadi mereka. Bagi dokumen yang tidak terdapat terjemahan bahasa Inggris, pelanggan haruslah menterjemahkan dokumen tersebut ke dalam bahasa Ingrris. Penterjemahan dokumen haruslah di terjemahkan oleh penterjemah rasmi dan dokumen yang telah di terjemahkan hendaklah disahkan serta ditandatangani / cop rasmi oleh pententerjemah rasmi tersebut. Salinan penterjemahan ini kemudian haruslah dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen rasmi pelanggan yang berkaitan seperti penerangan terdahulu.

Deposit dan Pengeluaran
Bagi tujuan deposit dana, nama penghantar hendaklah sepadan dengan nama pelanggan yang terdapat di dalam rekod Land-FX. Pengantaran oleh pihak ketiga tidak dibenarkan. Sebagai contoh, Encik A tidak boleh menghantar dana dari dirinya kepada Encik B dan juga sebaliknya. Peraturan yang sama haruslah di patuhi sewaktu pengeluaran wang dilakukan. Nama penerima haruslah sepadan dengan nama pemegang akaun dari akaun yang hendak mereka keluarkan. Jika transaksi wang hanya berlaku di dalam talian, maka pengeluaran dana akan hanya di proses melalui sistem perpindahan dalam talian ke akaun yang sama sewaktu permulaan perpindahan yang terdahulu.